Bagaimana cara nak masak Gulai Udang Daun Kesum?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Udang Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Gulai Udang Daun Kesum?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g udang (saiz besar) 
  • ½ biji buah nanas (dipotong kecil) 
  • 4 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup 
    (Bawang merah, bawang putih, lengkuas & kunyit hidup dikisar bersama)
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 2 sudu makan rempah kari ikan 
  • 1 cawan air 
  • 8 tangkai daun kesum 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan udang dan tuskan. 
    2. Masukkan nanas, bahan yang dikisar, cili kisar, rempah kari ikan, air, dan daun kesum ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
    3. Masukkan udang, santan pekat, dan garam. 
    4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. 
    5. Hidangkan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN