Resepi orang nogori, pernahkah tuan hamba semua merasa masakan ini? Bagi hamba ini adalah lauk yang sangat sedap… tingat 35 taun dahulu
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Gulai ubi kayu
Resepi orang nogori, pernahkah tuan hamba semua merasa masakan ini? Bagi hamba ini adalah lauk yang sangat sedap… tingat 35 taun dahulu
BAHAN-BAHAN
- 3 ketul ubi kayu sederhana besar.
- 500gm santan segar atau 1peket yang berharga rm2.50
- Sedikit ikan bilis.
- 10 biji cili api.
- 1 inci kunyit hidup atau 2 sudu kfc kunyit serbok.
- Garam dan serbok perasa secukupnya.
CARA PENYEDIAAN
- Ubi kayu dipotong kecil2 dan direbus dahulu sehingga empuk. Jika ubi muda tidak perlu direbus tetapi kat kl nih mana nak dapat…diulangi rebus hingga benar2 empuk.
- Cili api dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat.
- Masukan santan kedalam periuk dan tambah sedikit air(dalam 1 liter), masukan juga cili dan kunyit yang ditumbuk tadi dan ikan bilis.
- Masak santan sampai mengelegak seketika kemudian baru masukan ubi kayu. Bubuh garam dan serbok perasa. Pastikan jangan masin, agak2 tersa sedikit saja masinnya.
- Hidangkan dengan nasi dan ikan goreng atau ikan masin goreng. Bagi hamba gulai ini fenomenal..amat ringkas menyelerakan terutama kalau ubi kayu itu ubi muda. Perbezaan rasa amat ketara antara ubi muda dan ubi yang biasa terdapat di pasar malam.
- Nak dapatkan ubi kayu yang muda sila cari dikampong2, anda berdiri dibawah pohon ubi kayu itu dan jika daun ubi kayu yang paling bawah itu agak 2 sama tinggi dengan anda maka ubi kayu tersebut sudah ada isi dan isinya muda lagi..sesuai untuk resepi ini. Sekian terima kasih. Assalamualaikom.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.