Bagaimana cara nak masak Gulai Siput Sedut Sedap?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Siput Sedut Sedap

Bagaimana cara nak masak Gulai Siput Sedut Sedap?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g siput sedut
  • 2 batang keladi
  • 1 cawan air 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • ½ inci kunyit hidup 
    (Cili merah, cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 2 keping asam gelugur 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris kasar) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuhkan siput dan potong hujungnya. Basuh lagi dan tuskan. 
    2. Buangkan kulit keladi dan potong kecil. Basuh dan rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan. 
    3. Masukkan siput, keladi, bahan yang dikisar, asam gelugur, daun kunyit, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
    4. Masukkan santan dan masak lagi sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau kuahnya. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN