kombinasi gulai budu kelantan dan gulai tempoyak N9…..by masterchef puchong.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai sambal budu durian

kombinasi gulai budu kelantan dan gulai tempoyak N9…..by masterchef puchong.

BAHAN-BAHAN

  • —————-bahan2 untuk budu durian————————————
  • 2 cawan durian.(diulangi,durian…bukan tempoyak)
  • 1 botol budu (botol kecil-jemana ikut suka selera masing2)
  • 2 genggam cili api (diblender dengan sedikit air-kalau bolih jangan bagi hancur sangat)
  • 7 biji air perahan limau nipis (pastikan perah semua jus limau tu dan korek2 limau tu punya isi dengan sudu,jgn membazir)
  • —————–bahan2 untuk menggulai————————————————
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu serbok kunyit
  • 2 sudu minyak masak untuk mengilatkan sambal (bagi nampak berseri)
  • Segenggam ikan bilis yang dah dibelah belah (jgn lupa basuh)..nak lebih pun bolih.
  • 5 ulas bawang besar….kalau nak lebih pun ok
  • 2 batang serai jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Bismillah.
  • Mukadimah, biasanya dikelantan dorang boh budu dalam piring, perah asam limau, penyet2kan 2 3 bijik cili api dan seulas durian…..maka jadilah budu durian yang dimakan dgn nasik, nasik kerabu dll….ini adalah hidangan budu pada skala kecil dan untuk sekali makan.
    Akan tetapi pakcik buat sambal nih pada skala besar iaitu skala makan sebulan belum tentu abis….
  • Caranya sama, gaul semua empat bahan yang pertama, budu, durian , jus limau dan cili api…dan dapat satu balang macam dalam gambar….pakcik buat camni sebab senang bila nak makan cedok jer…simpan dalam peti ais leh tahan lama….
  • Akan tetapi disebabkan pakcik nih ada penyakit resdung, takleh nak makan budu yang tak dimasak maka pakcik pun gulai lah sambal berkenaan dengan cara negeri sembilan…
  • Senang je…campurkan semua bahan2 menggulai dengan sambal budu itu kedalam kuali dan masak sehingga ia pekat…..guna api yg kecil sebab ia cepat berkerak dan kena sentiasa di kacau macam kacau dodol
  • Jika anda suka petai pun bolih ditambah dalam gulai ini….disebabkan resepi ini bahan2nya bolih dapat 1 balang macam dalam gambar anda bolih kurangkan bahan2 jika nak buat sikit2…
  • Dilarang bubuh garam…budu dah masin!
    Kalau nak bubuh gula terpulang pada anda….tok aji pun terpulang pada anda juga…..perhatian: sambal ini super pedas….kalau nak buat tak pedas bolih tapi nanti cepat abis.
    Kalau nak buat tak pedas pastikan kurangkan asamnya….dan juga budunya.
  • Bolih simpan dalam peti dan tahan lama…makan dengan ulam2an atau nasik kerabu…memang tinggi kolesterol dan kalori…hehehehe tambahan pulak kalu makan siap tambah nasik 3 4 pinggan.(jangan salahkan pakcik)
  • Selamat makan….ada 2 versi…yg mula2 tu budu durian tanpa dimasak dan kemudian yg dimasak…terima kasih, izinkan pakcik nak berperang di facebook!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN