Masakan mudah, 20 minit masa penyediaan, bahan ringkas…resepi sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Lemak Telur dengan Tomato

Masakan mudah, 20 minit masa penyediaan, bahan ringkas…resepi sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur ayam
  • santan segar / kotak (1 kotak)
  • 3 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • asam keping 1/4 keping
  • garam secukup rasa
  • gula 1/2 sudu
  • sehelai daun kunyit jika ada
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili padi, cili merah dan bawang merah
  • Masukkan bahan kisar ke dalam santan dan panaskan. Tambahkan serbuk kunyit, daun kunyit dan asam keping
  • Sentiasa kacau sehingga mendidih. Masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa.
  • Pecahkan telur perlahan-lahan. Jangan kacau. Biarkan beberapa minit. Hidangkan dengan nasi panas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN