Masakan kebiasaan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Lemak Pisang

Masakan kebiasaan

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji Pisang Emas ~ masih muda
  • Santan secukupnya
  • 1 biji Cili Merah ~ dibuang biji
  • 7 biji Cili Api
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • Sebekas air bergaram ~ elak pisang menjadi hitam dan lebam
CARA PENYEDIAAN
  • Siat kulit pisang. Tapi jangan sampai ke isinya. Kulit dan isinya dimasukkan ke dalam air bergaram. Biarkan terendam sementara menyediakan rencah kuah.
  • Tumbuk cili merah dan cili api bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan ikan bilis. Tumbuk sedikit. Tak perlu hancur sangat.
  • Tuangkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga pisang yang sudah dipotong tadi.
  • Gulai ini mesti sentiasa dikacau dan api kecil. Takut santan pecah nnti kurang enak dimakan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN