masakan tradisi orang kampung…menyelerakan!!!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Gulai Lemak Jantung Pisang
masakan tradisi orang kampung…menyelerakan!!!
BAHAN-BAHAN
- 2 biji jantung pisang besar
- 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
- 7 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- seketul belacan
- segengam ikan bilis
- seketul kunyit hidup
- sebatang serai & secarik daun kunyit
- garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.
- Cili kering ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan belacan lumatkan dan bawang besar serta ikan bilis dtumbuk, kemudian serai dititik dalam lesung batu.
- Bahan tumbuk tadi dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
- Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit , garam dan kacau supaya tidak berketul.
- Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas…sedap…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.