lauk kegemaran keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Kurma Daging Liza

lauk kegemaran keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 – 2 sudu makan cili giling
  • 3-4 sudu makan rempah kurma
  • 2-3 biji kentang
  • 1 biji kelapa
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji buah tomato
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Daging dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar…Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar…Rempah kurma dan cili giling dibancuh bersama sedikit air…Kentang dipotong enam…Tomato dibelah empat…Sediakan santan daripada sebiji kelapa…
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk…Apabila naik bau, masukkan pes kurma dan cili giling tadi…Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air…
  • Masukkan pula daging…Kacau rata-rata dan biarkan rempah kurma meresap…Kemudian, tambahkan 2 – 3 cawan air…Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil…Biarkan sampai mendidih…
  • Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk…Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping…Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato..
  • Biarkan mendidih selama 5 – 10 minit…Bubuh garam secukup rasa…Sedia untuk dihidangkan :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN