Masakan Kelantan,biasanya di hidangkan bersama nasi dagang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GULAI KUNING IKAN TONGKOL

Masakan Kelantan,biasanya di hidangkan bersama nasi dagang.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol/ aya ( potong pada kepingan )
  • Santan dari sebiji kelapa
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas di hiris
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu pes cili kering
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 5,6 biji cili padi *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • Garam, gula dan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Mula – mula ikan di bersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping,sedikit lengkuas yang di hiris dan sedikit garam.Rebus ikan sehingga airnya agak kering.Ketepikan.
  • Kisar bahan – bahan yang bertanda * hingga halus.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan – bahan kisar, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.
  • Masukkan santan, biarkan hingga mendidih.Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.
  • Apabila mendidih,masukkan ikan, asam keping,serbuk ketumbar, garam, gula dan perasa secukupnya.
  • Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN