masakan utara

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai ikan kering tumis darat

masakan utara

BAHAN-BAHAN

  • ikan talang kering dipotong besar 2 jari anggaran 4-5 keping (saya biasa rendam dulu 2-3 jam supaya tak terlampau masin)
  • 3 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1/2 peket kecil rempah kari udang dan ikan kering
  • sekeping asam gelugur saiz kecil
  • santan cair satu mangkuk
  • sedikit santan pekat
  • terung sebiji
  • 4-5 biji cili padi
  • garam
  • Bahan-bahan untuk tumis darat:
  • 3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih dimayang halus
  • setengah sudu teh halba
  • daun kari
  • cili kering 2 tangkai di potong 2
CARA PENYEDIAAN
  • Bwg merah dan bawang putih dikisar halus dan dicampur dengan serbuk rempah dan santan cair didalam periuk
  • Masukkan asam keping dan didihkan sampai rempah masak (anggaran 15 minit), tambah air sikit kalau terlalu pekat
  • Masukkan ikan kering, santan pekat, garam (secukup rasa), terung dan cili dan masak sampai terung lembut, lalu perlahankan api dapur
  • Dalam kuali yg lain, panaskan dlm 1/2 senduk minyak lalu tumiskan bahan tumis darat sampai sedikit garing, lalu masukkan semuanya termasuk minyak ke dalam periuk yang mengandungi ikan kering tadi
  • Tutup tudung periuk dan masak dalam api perlahan selama 2, 3 minit supaya mesra
  • Sedia untuk dihidangkan :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN