Gulai ni sgt digemari ayahanda saya. Kalau buat nasi dagang inilah pelengkapnya. Cara dan bahan mungkin berbeza mengikut ajaran ibunda…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Gulai Ikan Aya Tok Bilal
Gulai ni sgt digemari ayahanda saya. Kalau buat nasi dagang inilah pelengkapnya. Cara dan bahan mungkin berbeza mengikut ajaran ibunda…
BAHAN-BAHAN
- Seekor ikan aya yg telah direbus
- 4 cwn santan sedang2
- *5 biji bwg merah
- *2 biji bwg putih
- *1 cm kunyit hidup & lengkuas
- *2 sk ketumbar
- *2 sb cili boh / cili kering
- *3 sb serbuk kari
- Sedikit myk masak utk menumis
- Gula, garam dan nisan kelantan secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk lumat bahan *
- Panaskan minyak dan tumis bahan * yang telah lumat sehingga garing dan naik bau
- Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih
- Seterusnya masukkan ikan. Perasakan dengan gula dan nisan kelantan. Berhati2 semasa ingin masukkan garam kerana ikan yang digunakan sedia masin. Saya selalunya masukkan sedikit air rebusan ikan utk hasil lebih kawww…
- Setelah dua kali mendidih, boleh tutup api
- Boleh juga dimasukkan sayur-sayuran jika suka
- ~Selamat mencuba~
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.