Bagaimana cara nak masak Gulai Daging Bersama Rebung?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Daging Bersama Rebung

Bagaimana cara nak masak Gulai Daging Bersama Rebung?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g daging (Dipotong) 
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari daging
  • 2 batang rebung siam 
  • 2 cawan santan 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  •  Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih  (Dihiris)
  • 1 inci halia  (Dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 5 tangkai daun kari
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong rebung pendek-pendek dan hiris (tidak putus). Kemudian rebuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kari dan sedikit air dan kacau rata sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan daging dan rebung. Kacau rata lagi. 
    5. Masukkan santan, garam dan asam gelugur. Masak sehingga mendidih da pecah minyak. 
    6. Apabila daging lembut, masukkan kerisik dan masak sehingga pekat. 
    7. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN