Resepi fofular kat penang time bulan poso atau kenduri kawen..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Batang Pisang Dengan Tulang

Resepi fofular kat penang time bulan poso atau kenduri kawen..

BAHAN-BAHAN

  • 500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
  • 1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)
  • 2 paket serbuk kari daging
  • 500 ml santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas bawang merah (kisar halus)
  • 6 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 1 inci halia (kisar halus)
  • 2 sudu besar cili boh
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak utk menumis
  • 1 gelas air
  • Garam, gula dan MSG secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan Minyak.Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
  • Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang.Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya.Masak sebentar.Siap utk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN