Belum cube belum tau…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Ayam Simple

Belum cube belum tau…

BAHAN-BAHAN

  • Ayam daging 8 – 10 ketul
  • Bawang putih 4 ulas (kisar)
  • Bawang merah/besar 4 biji (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai 2 (ketuk)
  • Santan 400 gram
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Cili boh/ cili kering kisar 2 sudu besar
  • Minyak secukupnya
  • Rempah gulai 3 sudu besar dibancuh dengan sedikit air
  • Air
  • Garam dan gula
  • Kentang potong 4/6
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar, serai dan cili boh/cili kering kisar. kacau perlahan – lahan sehingga nampak kekuningan.
  • Masukkan rempah gulai yang dibancuh. kacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan ayam dan kentang sekaligus. Kemudian digaul rata.
  • Masukkan sedikit air kemudian tutup periuk. Tunggu sehingga agak pekat sedikit.
  • Masukkan santan dan kerisik. Gaul rata dan tunggu sehingga mendidih.
  • Siap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN