Dari allrecipes.com.(Grilled Delmonico Steak)..tapi dah ubah suai. Maksud ‘delmonico’ ialah ‘rib-eye’..saya guna ‘tenderloin’ aje..sesuai untuk stik yang diperap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Grilled Tenderloin Steak

Dari allrecipes.com.(Grilled Delmonico Steak)..tapi dah ubah suai. Maksud ‘delmonico’ ialah ‘rib-eye’..saya guna ‘tenderloin’ aje..sesuai untuk stik yang diperap.

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1/4 cawan sos Worcestershire
  • 3 sudu makan kicap/sos soya
  • 3-4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan lada hitam (tumbuk)..kalau nak lebih pedas..tambah lagi
  • 1 sudu makan ‘allspices’/’italian spices’
  • 3 sudu makan sos BBQ (saya guna Heinz Chicken & Rib BBQ)
  • Setengah kilo ‘tenderloin’
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar.
  • Potong bahagian ‘tenderloin’ kira-kira setebal 1 inci. Kemudian hiris sikit bahagian atas daging (jangan putus). Hanya nak bagi mudah masak…atau boleh juga gunakan garpu/pengetuk.
  • Perapkan daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 3 jam. Lebih sedap kalau diperap satu malam.
  • Esoknya boleh panggang…atau pun pakai oven aje.
  • Sedap dimakan macam tu saja…atau makan dengan sos lada hitam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN