Tiramisu versi Asia sangat popular di Jepun

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Green Tea Tiramisu

Tiramisu versi Asia sangat popular di Jepun

BAHAN-BAHAN

  • Green Tea Chiffon
  • Bahan A
  • 130gm (6 biji) kuning telur
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1/8 tsp garam halus
  • 15gm serbuk teh hijau + 50ml air suam
  • 25ml susu segar
  • 80ml minyak jagung/minyak masak
  • Bahan B
  • 200gm (6 biji) putih telur
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 140gm gula kaster
  • Filing
  • 5 biji kuning telur
  • 120gm gula kaster
  • 500gm mascarpone/cream cheese Phil (pada suhu bilik)
  • 350ml Anchor UHT whipping cream
  • 2 tbsp gelatin + 60ml air panas (kacau hingga larut)
  • Hiasan : 200ml topping whipping cream
    serbuk teh hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Membuat Kek : Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Satukan bahan A, putar dengan hand mixer hingga bergaul rata. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain, pukul bahan B menggunakkan high speed hingga kembang dan bertanduk. Masukkan dalam A dan kaup balik hingga putih telur bergaul rata.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 40 – 45minit. Keluarkan dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk baru dipotong kepada 3 lapisan.
  • Untuk Membuat Filling : Satukan kuning telur dan gula, gaul dan masak secara double boiler hingga pekat. Masukkan gelatin cair, gaul hingga rata.
  • Pukul UHT whip cream hingga nampak pekat. Ketepikan
  • Pukul cream cheese, masukkan No. (1) dan No. (2) gaul hingga licin dan tidak berketul. Bahagikan adunan kepada 3.
  • Lapisan Pertama : Letak satu lapisan kek di dalam loyang loose tin. Tuang satu bahagian adunan ratakan, hentakkan loyang supaya adunan turun ke dasar loyang.
  • Lapisan Kedua : Ambil satu lapisan kek, letakkan di atas lapisan pertama tadi, tuang adunan kedua, buat seperti Lapisan Pertama. Ulang langkah sama untuk lapisan ketiga hingga habis.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Keluarkan kek dan hias dengan topping whipping cream dan serbuk teh hijau

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN