Boleh juga ganti limau gedang (grapefruit) dengan oren
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Grapefruit Jelly
Boleh juga ganti limau gedang (grapefruit) dengan oren
BAHAN-BAHAN
- 2 biji limau gedang/’grapefruit’
- 30g gula
- 2 sudu kecil gelatin
- Yogurt secukupnya
- Daun pudina untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Ambik sebiji limau. Belah 2. Guna pengisar buah (juicer) ambik jusnya sebanyak 1 cawan (200ml). 1 biji lagi, buang kulit dan ambik isinya.
- Masukkan gelatin ke dalam mangkuk kecil. Kemudian masukkan 2 sudu besar air. Kacau.
- Larutkan gula ke dalam 1 cawan air panas. Kacau biarkan gula hancur. Masukkan pula gelatin tadi. Kacau biar gelatin hancur.
- Masukkan larutan gula ini ke dalam isi limau tadi. Alaskan mangkuk dengan air yang mengandungi ketulan ais sambil dikacau. Bila dah sejuk, tuangkan ke dalam acuan.
- Simpan dalam peti ais lebih kurang 1 jam 30 minit atau sehingga jadi bentuk jeli/agar-agar.
- Bila nak makan, masukkan yogurt ke dalam bekas sesuai. Lepas tu letaklah jeli tadi. Bolehlah dihias dengan daun pudina.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.