Project Description

Bagaimana cara nak masak Goreng Kacang Kuda & Kubis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Goreng Kacang Kuda & Kubis

Bagaimana cara nak masak Goreng Kacang Kuda & Kubis?

BAHAN-BAHAN

  • ½ cawan kacang kuda (Direndam 7-8 jam) 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • Air secukupnya 
  • 1 sudu makan biji sawi 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ biji sayur kubis bulat 
  • 1 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • Garam secukup rasa 
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan kacang kuda, serbuk kunyit, sedikit garam, dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebuskan sehingga kacang lembut. Tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak dan tumiskan biji sawi, jintan manis, hirisan 
      bawang besar, dan bawang putih sehingga wangi. 
    3. Masukkan kacang kuda, kubis, cili hijau, cili merah, dan garam. Kacau rata sehingga masak. 
    4. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.