Project Description

Bagaimana cara nak masak Goreng Berlada Pucuk Keledek?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Goreng Berlada Pucuk Keledek

Bagaimana cara nak masak Goreng Berlada Pucuk Keledek?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikat pucuk keledek (300 g) 
  • 2 sudu makan ikan bilis 
  • 4 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • ( Ikan bilis, cili merah, cili api, bawang merah bersama bawang putih dikisar kasar)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Asingkan pucuk keledek daripada tangkainya. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar kasar sehingga wangi. 
    3. Masukkan pucuk keledek dan garam. Kacau rata sehingga layu. 
    4. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.