An old-fashioned English pudding.. Sedap dimakan sambil minum lemon tea.. :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
? Golden Syrup Pudding ?
An old-fashioned English pudding.. Sedap dimakan sambil minum lemon tea.. :)
BAHAN-BAHAN
- 1 cwn tepung serba guna (all-purpose flour)
- 1/2 sk baking powder
- 1/4 cwn fresh blueberry
- 1/2 cwn gula perang (brown sugar)
- 1 cwn susu full cream
- 2 biji telur
- 60 gram mentega
- 1/2 sk esen vanilla
- BAHAN2 UNTUK SOS PUDDING:
- 1 sb golden syrup
- 11/2 cwn air mendidih
- 1/4 cwn gula perang (brown sugar)
- 30 gram mentega
CARA PENYEDIAAN
- Di dalam mangkuk, pukul mentega dan gula perang higga gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi perlahan2 sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan susu & blueberry dan kacau lagi adunan sehingga semua sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan puding yg telah disapu dgn mentega terlebih dahulu (masukkan hanya separuh)
- Balutkan acuan pudding dengan plasctic wrap dgn kemas. Kemudian balutkan sekali lagi dgn aluminum foil. ( Boleh juga kalau nk balut dgn plastic wrap sahaja, tapi pastikan balutan anda kemas supaya wap air tak masuk)
- Kukus puding selama lebih kurang 1 jam dalam steamer.
- Bila sudah masak, tuangkan sos ke atas puding. Boleh dimakan terus.
- CARA2 MEMBUAT SOS PUDDING:
- Campurkan semua bahan2 sos dan kacau hingga pekat.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.