Nama asal German Cookies atau biskut kentang ialah Schneeflöckchen-plätzchen
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
German Cookies a.k.a Schneeflöckchen-plätzchen
Nama asal German Cookies atau biskut kentang ialah Schneeflöckchen-plätzchen
BAHAN-BAHAN
- Mentega 150g
- Gula ising 50g
- Tepung ubi kentang (potato starch) 150g *terdapat di kedai baking dan hypermarket
- Tepung gandum 100g
- Optional/pilihan: Esen vanila, jus lemon, serbuk koko, pewarna, hiasan: gula manik, tinted sugar, dll
CARA PENYEDIAAN
- Lembutkan mentega pada suhu bilik. Campur mentega dan gula ising, kemudian pukul sehingga sebati.
- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, kemudian ayak. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega dan gula.
- Uli adunan sehingga menjadi doh. Sekiranya adunan lembik, simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau tambahkan tepung.
- Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Tekan bebola dengan belakang garfu sehingga separa leper.
- Bakarkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15minit (bergantung pada oven masing-masing). Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.