Genovese Sos Dengan Pasta

Resipi dari cookpad.com yang telah diubahsuai sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Genovese Sos Dengan Pasta

Resipi dari cookpad.com yang telah diubahsuai sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Pasta secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Sos:
  • 30gm daun basil
  • 50gm ‘pine nuts’
  • 1 ulas bawang putih (buang bahagian tengah dan cincang sedikit)
  • 3 keping isi ikan bilis (saya guna yang dalam minyak zaitun)
  • 1 biji tomato (belah, buang biji)
  • 100ml minyak zaitun
  • 30gm keju parmesan
  • Hiasan – sedikit parmigiano (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air secukupnya untuk merebus pasta.
  • Goreng ‘pine nuts’ tanpa minyak sebentar (2-3 minit).
  • Masukkan garam ke dalam air mendidih dan rebus pasta. Rebus setakat “al dente” ataupun sedikit keras dengan tutup api lebih awal lebih kurang 1 minit dari yang disyorkan pada bungkusan.
  • Sementara menunggu pasta masak, masukkan semua bahan untuk sos ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur.
  • Toskan air dan terus gaul dengan sos.
  • Hidangkan segera dengan parutan parmigiano sebanyak kesukaan anda.
  • Sos ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dengan diletakkan di dalam botol ditutup permukaan dengan minyak zaitun untuk menghalang basil bertukar warna.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago