masakan korea.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
GARAETTEOK(LONG,CYLINDER SHAPED RICE CAKE)
masakan korea.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung beras (kalau ikut resepi asal korea guna short grain rice flour) – guna tepung beras biasa ja
- 1/2 camca kecil garam
- 1 cawan air panas mendidih
- Minyak bijan/minyak sayuran/minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Campur tepung beras dan garam.tuang air panas sikit-sikit sambil kacau sampai jadi macam dalam gambar.
- Isi air dalam periuk kukus letak atas api. ambik periuk kukus yang ada lubang-lubang tu hampar kain tuala bersih,tuang bancuhan ratakan atas kain dan kukus dalam 25-30 minit.
- Bila dah masak keluarkan dari periuk kukus masukkan dalam bekas dan uli.sapa yang ada mesin uli roti boleh guna mesin tu.kalau takdak boleh ketuk-ketuk tepung tu dengan hujung kayu penggelek @ dengan benda yg sesuai.boleh jugak gelek-gelek tepung tu dengan penggelek berulangkali sampai rasa dah halus(part ni susah sikit.) Sebelum nak ketuk atau uli doh tu sapu minyak kat tempat nak uli tu supaya tak melekat.
- Bila doh dah jadi elok,sapu minyak kat tangan, gelek panjang-panjang tepung macam buat keropok lekor tu.Potong pendek-pendek.
- Tepung yang potong kecik tu ambil gelek bagi jadi jejari kecik macam dalam gambar.
- Sapu minyak kat rice cake yg dah jadi tadi simpan dalam bekas.(sapu minyak tu takmau bagi melekat bila dah simpan nanti.)
- Tutup dengan plastik ‘wrap’ simpan dalam peti kat tempat sejuk beku.
- #Untuk no 3 tu kalau takdak mesin uli boleh guna cara ni..ketuk sampai halus.time panas-panas
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.