Kek dengan coktail dan buah-buahan segar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fruit Flan Cakes

Kek dengan coktail dan buah-buahan segar

BAHAN-BAHAN

  • Bahan kek sponge
  • 180gm sponge mix
  • 3 biji telur Gred A
  • 45ml susu segar/air
  • 1 tsp esen vanila
  • 45gm mentega cair/minyak jagung
  • Filing
    200gm whip cream,
    1 tin sedang fruit coktail (asingkan sirapnya)
  • Hiasan
    Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka)
    decogel untuk di sapu,
    Hirisan badam (dibakar terlebih dahulu)
  • atau mana2 resipi kek sponge dri myresipi
CARA PENYEDIAAN
  • Kek Sponge : Panaskan oven pada suhu 180C. Alas loyang 7″ dengan kertas minyak.
  • Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair, pukul dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk. Tukar kepada speed rendah dan masukkan mentega cair, putar hingga rata.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Angkat dan telengkupkan di atas redai. Sejukkan dan potong kek kepada 3 bahagian.
  • Pukul whip cream hingga kembang.
  • Lapisan Atas : Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata, di ikuti dengan fruit coktail (buah sahaja) di atasnya. Lapiskan sekali lagi dengan whip cream di atasnya hingga rata.
  • Untuk lapisan kedua : Ambil satu lapisan kek dan ulangi langkah 5 hingga habis.
  • Untuk lapisan terakhir, sapukan seluruh kek dengan whip cream. Lapisi badan kek dengan hirisan almond.
  • Atur buah-buahan segar sebagai hiasan mengikut citarasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN