mari pelbagaikan koleksi resepi kek anda.. ^_^

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fresh Apple Cake

mari pelbagaikan koleksi resepi kek anda.. ^_^

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji epal – kupas kulit & potong dadu
  • 1 1/4 cawan gula
  • * 2 cawan tepung
  • * 2 sudu teh soda bikarbonat
  • * 1 sudu teh serbuk kayu manis (optional)
  • * 1 sudu teh garam
  • * 1/2 sudu teh baking powder
  • –> bahan2 bertanda * diayak bersama
  • 3/4 cawan minyak sayuran
  • 2 biji telur – dipukul
  • 2 sudu teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 175 celcius. Griskan loyang.
  • Satukan epal dan gula dalam satu bekas dan gaul rata. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, telur dan esen vanila. Kacau rata.
  • Masukkan pula campuran epal dan airnya ( seperti air gula). Sebatikan.
  • Masukkan pula semua bahan kering yang diayak bersama tadi. Kaup-balikkan.
  • Tuang adunan ke dalam loyang.
  • Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek benar-benar masak (cucuk bhgn tgh kek dgn lidi, lidi bersih).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN