Resepi Mat Gebu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fondant Icing

Resepi Mat Gebu

BAHAN-BAHAN

  • 63 ml air
  • 1 sudu besar gelatin halal (Cik Kema guna Halalgel)
  • 125 ml sirap glucose
  • 1 1/2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
  • 1 kg gula aising (Ayaq dulu)
  • Pewarna pilihan
CARA PENYEDIAAN
  • Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.
  • Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
  • Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
  • Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
  • Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
  • Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
  • Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih.
  • Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.
  • Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.
  • Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. Thanks

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN