masakan yang saya olah sendiri berdasar resepi dr internet yang mana bahannya sukar didapati dan tidak halal

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Five Spice Roasted Chicken With Sos

masakan yang saya olah sendiri berdasar resepi dr internet yang mana bahannya sukar didapati dan tidak halal

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ayam (saiz 1 ekor ayam yg dipotong 6 bahagian)
  • Bahan Perap
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 2 sudu besar perahan jus lemon
  • ½ Sudu besar minyak Canola (i used sunflower seed oil sbb mls ke kedai)
  • ½ sudu besar minyak bijan ( i xguna sbb xde so i gandakan sunflower seed oil menjadi 1 sudu)
  • 1½ sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat ( i guna kicap mee cap tamin)
  • 1 sudu besar white grape sparkling juice
    (kalo ade cuka beras (rice vinegar) lg bagus tp i cari kt pasaraya tak jumpa. Aatupun u all bole ganti dengan orange juice atau pineapple juice)
  • 1 sudu besar Chinese Five spice powder (bole beli di supermarket atau u bole buat sendiri)
  • Bahan Sos
  • *(tak perlu buat jika ingin mkn begitu sahaja- i buat sbb i mkn dgn nasi ayam)
  • 1/2 Cwn kicap cair
  • 1/4 Cwn white grape sparkling juice
  • 1 sudu besar minyak bijan ( 1 guna sunflower oil sbb i guna bahan ape yg ade dirumah je)
  • 1 sudu bear perahan Jus Lemon)
  • 1/2 inci halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • Daun Bawang yg dipotong halus (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan kesemua bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati
  • Kemudian lumurkan campuran tersebut pada ayam , taburkan secubit five spice powder ke atas ayam dan perap dalam plastic zip or bekas bertutup dan biarkan didalam peti sejuk selama 1 jam.
  • Panaskan oven 180c – 200c masukkan ayam dalam tray yang dilapis dgn aluminium foil dan bakar selama 35-45minit or hingga masak( i bakar 35 min je sbb oven i panas lgpun i tak suka kalo ayam tu terlalu kering)
  • Panaskan oven 180c – 200c masukkan ayam dalam tray yang dilapis dgn aluminium foil dan bakar selama 35-45minit or hingga masak( i bakar 35 min je sbb oven i panas lgpun i tak suka kalo ayam tu terlalu kering)
  • Sementara itu bole la sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tutup api
  • SELAMAT MENCUBA!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending