masa buat 30 minit sahaja. senang dan mudah. save bajet.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Fish N Chip simple
masa buat 30 minit sahaja. senang dan mudah. save bajet.
BAHAN-BAHAN
- 3 keping fish fillet yang segera. beli yang frozen punya. saya guna jenama CB, Tempura fish fillet. harga RM6.30 sebungkus.
- **salad :
mix vege (tak ada tak apa. letak untuk bagi salad ‘meriah’ dengan warna warni sahaja)
salad.
timun(potong dadu) - brokoli. **tak guna tak apa. untuk meriahkan fish n chip sahaja
- Potato wedges(beli yang frozen punya. **nak guna potato biasa boleh jugak.
- mayonis
- garam, gula
- cuka epal.**guna cuka biasa boleh jugak. jika tiada cuka, boleh ganti dengan asam limau.
- lada sulah. saya guna AJI Shio.
- bawang besar. dicincang halus-halus
- daun parsley. **jika tiada tak apa.
CARA PENYEDIAAN
- Goreng fish fillet dengan api sederhana sehingga kekuningan.
ni gambar fish fillet yang saya gunakan. - untuk buat salad : gaulkan kesemua **salad dengan mayonis. letakkan garam sedikit dan juga gula dan tabur lada sulah di atasnya. **jika ada sos salad thousand island, boleh juga dicampur di dalam salad. untuk ada rasa masam, letakkan sesudu cuka epal.
- rebus brokoli separuh masak. cara merebusnya: masukkan sesudu minyak ke dalam air rebusan. apabila air menggelegak, barulah masukkan brokoli.
- goreng potato wedges sehingga masak.
- sos tartar untuk dicicah dengan fish fillet :
campurkan 3sudu meyonis, bawang besar cincang, gula,garam dan daun parsley, lada sulah dan 3sudu cuka epal. gaulkan kesemua. - selesai, bolehla hias fish n chip seperti di atas. taburkan dengan lada sulah di atas salad, brokoli dan potato wedges.
nyummy.. sedaap..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.