Umm.. Hello.. camne nak cerita ni.. saya suka sangat makan fettucinne carbonara, ala-ala sos dia creamy sikit tu..so inilah kali pertama husband try buat dan tak guna yang dalam tin punya..:)..

Hasilnya.. sedapla juga cuma sos dia tu bergantung pada citarasa masing-masing la.. nak kepekatan yang macamana…:). Okay lah.. kat bawah ni saya letakkan resepi cara hubby saya buat pasta ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fettucinne With Creamy Sauce

Umm.. Hello.. camne nak cerita ni.. saya suka sangat makan fettucinne carbonara, ala-ala sos dia creamy sikit tu..so inilah kali pertama husband try buat dan tak guna yang dalam tin punya..:)..

Hasilnya.. sedapla juga cuma sos dia tu bergantung pada citarasa masing-masing la.. nak kepekatan yang macamana…:). Okay lah.. kat bawah ni saya letakkan resepi cara hubby saya buat pasta ni..

BAHAN-BAHAN

  • 250-300gm Fettucine (pasta jenis atau bentuk lain pun okay).
  • 10 ekor Udang sederhana besar (buang kulit).
  • 1 ekor sotong size besar (dipotong bulat).
  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang/dihiris halus).
  • 1 biji bawang besar (potong kasar).
  • 1 tin straw mushroom (cendawan lain pun boleh)
  • 2 sudu teh serbuk oregano.
  • 2 sudu teh serbuk basil.
  • 2 sudu teh serbuk kasar lada hitam (kalau nak pedas tambah lagi).
  • 1 cawan susu penuh krim.
  • 1 cawan susu segar.
  • 1 atau 2 camca besar tepung gandum.
  • 2 tangkai english parsley (dicincang halus).
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit serbuk pati ayam.
  • Sedikit Italian parsley untuk hiasan.
  • Cheddar cheese yang di parut.
  • Minyak zaitun (saya guna minyak bunga matahari, minyak lain pun okay).
  • 3 Camca besar butter.
  • Sedikit air (kiranya perlu)
  • 1 helai daun bay kering.
CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan pasta dalam air hingga masak kemudian toskan (letakkan sedikit minyak dalam air rebusan).
  • Dalam kuali leper letakkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dan butter dan panaskan atas api. Setelah itu masukan udang dan sotong di goreng sekejap dalam 2 ke 3 minit, kemudian angkat dan letakkan ke atas pinggan asing sebentar.
  • Dalam kuali leper yang sama, masih ada lebihan minyak dan butter tu, tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun bay sampai agak naik bau.(boleh tambah minyak atau butter lagi sekiranya perlu)
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sebentar sampai pekat.
  • Masukkan pula kedua-dua susu sedikit demi sedikit sambil kacau dengan pemukul telur (whisker) sampai agak pekat. (tambah sedikit air jika perlu)
  • Setelah itu masukkan cendawan, serbuk oregano, basil, lada hitam, pati ayam, sotong, udang dan garam ke dalam kuali dan kacau sebentar.
  • Masukkan pasta yang di rebus tadi kedalam kuali gaulkan nya, kemudian masukkan daun english parsley dan kacau lagi kemudian boleh padamkan api setelah semuanya nampak mesra sekali. :)
  • Akhir sekali letakkan daun parsley di atas pinggan (letakkan daun yang di cincang halus pun sedap juga).
  • Boleh juga di parutkan cheese/keju ke atas hidangan anda sekiranya suka. :).
  • Bagi yang alah pada makanan laut, boleh gantikan dengan isi ayam dan tambah sayuran lain sperti brokoli dan lada benggala.:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN