resepi ni untk makan sorang je..hehe
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Fettuccine goreng prego =)
resepi ni untk makan sorang je..hehe
BAHAN-BAHAN
- 30 urat fettuccine di rebus mengikut arahan pada bungkusan
- 2 ulas bawang putih dimayang halus
- 2 ulas cili padi dihiris
- 1 batang sosej potong serong dan goreng seketika untuk dapatkan sensasi smoke..hihi=)
- beberapa hiris isi ayam
- setengah tin sos spaghetti prego.. saya guna alfredo sos yang tin warna coklat ~ saya bancuh dengan sedikit air masak sebab sosnya sangat pekat
- 1 sudu minyak zaitun untuk menumis. kalau tak ada boleh guna minyak biasa je..jangan minyak pelincir sudah..kikiki=)
CARA PENYEDIAAN
- panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau…
- masukkan isi ayam dan goreng hingga masak…
- masukkan sosej dan cili padi
- masukkan sos prego dan biar mendidih sedikit….oleh kerana resepi ni untuk seorang makan saya masukkan terus fettuccine yang dah direbus tadi dalam kuah.
- kacau seketika dengan api kecil dan rasa garamnya.. kalau xcukup masin tambah sikit je garam sebab masa rebus fettuccine dah masukkan garam….
- yea~!..sedia dihidangkan..=)…
jangan lupa share laporan masakan di sini..=).. - p/s: kalau nak tambah sayur mcm mushroom, carrot dan sbgainya pun boleh. stok sayur saya dah abis so xde la sayur dalam resepi kali ni…
Selamat Mencuba=)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.