Dah mula nk buat sample untuk biskut raya..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Fancy Ball
Dah mula nk buat sample untuk biskut raya..
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung biskut/tepung gandum
- 1 cawan gula halus (boleh kurangkan gula…kalau tak suka manis sangat)
- 1 tin kecil minyak sapi
- *1 sudu besar minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
- *1 sudu kecil planta
- *1 sudu kecil shortening
- Sedikit garam
- Hazelnut/badam/gajus-dibakar dahulu hingga masak. Kalau badam/gajus..potong kecil sedikit
- Gula halus -untuk menyaluti biskut
- Perwarna ikut suka (saya guna purple, oren dan hijau)
CARA PENYEDIAAN
- Dalam bekas besar, masukkan tepung dan gula halus.
- Masukkan minyak sapi. Uli dahulu hingga sebati
- Kemudian, masukkan bahan2 bertanda * sedikit demi sedikit. Sambil itu terus menguli hingga menjadi doh yang lembut.
- Kalau terlembik, boleh tambah tepung. (pastikan bahan2 * tidak terlalu banyak digunakan, sbb nanti hilang plak bau minyak sapi tu) Masukkan bahan2 * secara sekata.
- Bahagikan kepada tiga bahagian, kemudian warnakan…INGAT!!, jangan campur air dalam pewarna,hanya titiskan perwarna dan gaul dengan doh tadi.
- Cubit setiap doh berwarna dan bulatkan, kemudian cantumkan tiga bahagian. Ditengah2 nya, letaklah kacang hazel tadi. (saya punya biskut ni, kacangnya di dalam..sbb tu tak nampak)
- Bila dh siap, bakar selama 20 minit, 180’c atau hingga masak
- Sejukkan dulu, kemudian barulah digolek dalam gula halus. Lepas tu boleh lah letak dalam paper cup (jika suka)
- SELAMAT MENCUBE !
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.