combination dr resepi Chef in Black and Naked Chef Program kat AFC
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Egg Tart
combination dr resepi Chef in Black and Naked Chef Program kat AFC
BAHAN-BAHAN
- Untuk Crust
- 300 gram tepung gandum
- 150 gram marjerin / mentega
- 1 biji telur (size L / size A)
- 3 camca besar gula
- 1 camca teh garam
- Untuk Filling
- 2 biji telur (size M/B)
- 4 camca besar gula
- 1 camca teh esen vanila
- 2 cawan air suam
- 5 camca besar susu pekat manis
- 4 camca besar tepung kastard
CARA PENYEDIAAN
- Adun semua bahan – bahan untuk crust hingga menjadi doh
- Balut doh dengan platik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
- Setelah cukup 30 minit,canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda
- Terapkan pada muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu)
- Bakar dlm ketuhar selam 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius
- Bancuh kesemua bahan – bahan untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi.
- Bakar semula tart tadi sehingga fillingnyer betul – betul masak. (dalam anggaran 10 minit)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.