Sudah tak tahu nak masak apa dengan kapis ni… Jadi, main masak je. Hasilnya boleh tahan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Easy-yummy Scallop

Sudah tak tahu nak masak apa dengan kapis ni… Jadi, main masak je. Hasilnya boleh tahan.

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm kekapis
  • 1 batang kecil lobak merah (hiris)
  • 1/4 biji lada benggala (dadu)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2-3 biji bawang putih
  • 1 – 2 sudu kecil sos tiram
  • 1 – 1 1/2 sudu kecil cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah ikut suka)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun dill
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih sampai naik bau wangi. Masukkan cili & sos tiram, tunggu sampai naik minyak.
  • Masukkan lobak merah…masak sampai lembut sikit. Kalau kering sangat tambah air sikit saja…(dalam 2-3 sudu). Kekapis tu akan keluarkan air, nanti terbanyak sangat air la pulak.
  • Bila lobak dah masak, masukkan lada benggala, bawang & dill, lepas itu masukkan kekapis. Jangan lama sangat masak kekapis ni…sekejap saja masaknya dalam 2-3 minit sahaja.
  • Rasa garam. Kalau dah cukup masin, tak payah letak garam. Sudah siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending