Sudah tak tahu nak masak apa dengan kapis ni… Jadi, main masak je. Hasilnya boleh tahan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Easy-yummy Scallop
Sudah tak tahu nak masak apa dengan kapis ni… Jadi, main masak je. Hasilnya boleh tahan.
BAHAN-BAHAN
- 300 gm kekapis
- 1 batang kecil lobak merah (hiris)
- 1/4 biji lada benggala (dadu)
- 1 biji bawang besar (mayang)
- 2-3 biji bawang putih
- 1 – 2 sudu kecil sos tiram
- 1 – 1 1/2 sudu kecil cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah ikut suka)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit daun dill
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang putih sampai naik bau wangi. Masukkan cili & sos tiram, tunggu sampai naik minyak.
- Masukkan lobak merah…masak sampai lembut sikit. Kalau kering sangat tambah air sikit saja…(dalam 2-3 sudu). Kekapis tu akan keluarkan air, nanti terbanyak sangat air la pulak.
- Bila lobak dah masak, masukkan lada benggala, bawang & dill, lepas itu masukkan kekapis. Jangan lama sangat masak kekapis ni…sekejap saja masaknya dalam 2-3 minit sahaja.
- Rasa garam. Kalau dah cukup masin, tak payah letak garam. Sudah siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.