Sumber asal Divas Can Cook tp ada adjust sikit2, topping dari kak Azlita Masam Manis. Resepi ni ada tambahan air kopi panas utk kek yg extra moist. Share kat sini sbgai variasi kek red velvet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Easy red velvet cake

Sumber asal Divas Can Cook tp ada adjust sikit2, topping dari kak Azlita Masam Manis. Resepi ni ada tambahan air kopi panas utk kek yg extra moist. Share kat sini sbgai variasi kek red velvet.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 2 cawan tepung gandum/kek (sy guna superfine)
  • 1st baking soda
  • 1st baking powder
  • 2sb serbuk koko (sy guna 4sb)
  • 1st garam
  • Bahan B:
  • 2 cwn gula
  • 1 cwn corn oil (sy guna 3/4 cwn)
  • 2 biji telur A
  • 1 cwn buttermilk**
  • 2st esen vanilla
  • 1sm pewarna merah (boleh tambah ikut suka)
  • 1st cuka
  • 1/2 cwn air kopi panas
  • Topping:
  • 150g cream cheese (keluarkan dr fridge, biar 1 jam bg lembut so nnt topping smooth xberketul)
  • 30g butter (softened)
  • 60g gula icing
  • 1st esen vanilla
  • 1st pes/jus lemon (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8″ dan tabur sikit tepung.
  • Satukan dan ayak semua bahan A.
  • Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dgn whisk bg sebati.
  • Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.
  • Masuk tepung sikit2, kacau rata setiap kali lps masuk tepung.
  • Tuang adunan dlm loyang. Bakar 45-60 min. Check lps 45 min (ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nnt kek kering!
  • Dah masak, keluarkan dr oven. Biarkan kek dlm loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.
  • Utk topping: pukul cream cheese dgn gula icing hingga kembang (kaler putih). Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.
  • Trim sikit bhgn atas kek yg berkerak (kerak boleh simpan, nnt tabur atas kek wat deco). Potong kek jd 2 @ 3 layer. Lapiskan dan salut kek dgn topping cream cheese ikut suka.
  • Sejukkan kek dlm fridge at least 4 jam. Semalaman lg sedap.
  • **buttermilk: 1 cwn susu fresh + 1sb cuka @ jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN