Diambil dari internet Resipi Pilihan Diana. Diolah sedikit citarasanya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donat Black Pepper Chicken

Diambil dari internet Resipi Pilihan Diana. Diolah sedikit citarasanya.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A: 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung susu
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan lemak sayuran
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bahan-bahan (Bahan B)
  • Bahan B: 200ml air suam
  • 2 sudu teh yis segera
  • 20ml air (sebagai tambahan jika perlu)
  • Bahan Untuk Inti
  • Bahan Inti: 200gm isi ayam (potong dadu)
  • 2 cawan sayur campur
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh bahan B masukkan ke dalam bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudain uli sehingga doh licin dan lembut . Terus terap atau bulat-bulatkan letak inti ayam lada hitam di dalamnya. Perap selama lebih kurang 30 minit biar ia naik dua kali ganda dan kemudian goreng dengan api yang sederhana.
  • Cara-cara membuat inti nya:
  • Perapkan isi ayam dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat.
  • Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepung gandum. Masukkan susu segar kacau hingga menjadi pekat. Kemudain masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN