Bagaimana cara nak masak Dangai?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Dangai
Bagaimana cara nak masak Dangai?
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan kelapa parut muda (Diambil putih sahaja)
- 1 cawan tepung pulut
- ½ cawan gula pasir
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kelapa parut ke dalam mangkuk adunan dan peroikan.
- Masukkan tepung pulut dan sedikit garam. Gaul rata.
- Panaskan loyang dengan api sederhana selama 3 minit.
- Masukkan 1/3 adunan ke dalam loyang dan ratakan. (Sekadar satu lapisan nipis sahaja).
- Masukkan gula ke dalam baki 2/3 adunan kelapa tadi dan gaul rata.
- Masukkan kesemua adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan ke seluruh loyang.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180ºC menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit ataupun sehingga garing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.