Project Description

Bagaimana cara nak masak Dalca Tulang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca Tulang

Bagaimana cara nak masak Dalca Tulang?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g daging dan tulang lembu 
  • Sedikit halia 
  • 5 sudu makan serbuk rempah kari
  • 4 cawan santan 
  • 3 biji kentang (Dibelah 4)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 biji terung (Dipotong kecil)
  • Sedikit kacang panjang 
  • ½ cawan kacang dal 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit air 
  • Cili merah dan cili hijau (Sebagai hiasan) 
  • Bahan B (Tumisan)
  • 5 tangkai daun kari 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • Kulit kayu manis 
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan daging dan tulang dengan sedikit halia sehingga lembut. 
    2. Panaskan minyak di dalam periuk lain dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan santan, daging, tulang, kentang, lobak merah, terung, kacang panjang, dan kacang dal. Masakkan sehingga lembut. 
    5. Masukkan tomato, bawang besar, dan garam. Masakkan lagi sehingga pecah minyak. 
    6. Tutup api dan masukkan di dalam pinggan. Hiaskan dengan cili merah dan cili hijau. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.