Ambil dari buku masakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca Daging

Ambil dari buku masakan.

BAHAN-BAHAN

  • 200gm kacang dal – direbus
  • 200gm daging lembu – dihiris
  • 2 biji terung bulat – dipotong kecil
  • 2 biji lobak merah – dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang – dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam
  • Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 cm halia – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  • Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  • Akhir sekali, masukkan kacang dal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN