Resipi sambal yang ringkas. Untuk peminat sambal. Sesuai dimakan bersama nasi, roti atau cucur tepung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Sambal Halia

Resipi sambal yang ringkas. Untuk peminat sambal. Sesuai dimakan bersama nasi, roti atau cucur tepung.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Perap:
  • 1/2 kg daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit dan halia (saiz ibu jari – dihiris, kalau halia lagi banyak lagi sedap)
  • Bahan Kisar (Tumis):
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Halia (1-2 inci)
  • Bahan Hiris: 1 ulas bawang besar
  • 1 cawan air asam
  • Tips: Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan). Kemudian, goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak.
CARA PENYEDIAAN
  • Perap bahan-bahan perapan tadi. Perap dan simpan di dalam peti sejuk (20-30 minit).
  • Kisar bahan-bahan untuk dikisar.
  • Panaskan kuali…masukkan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar.
  • Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi ke dalam kuali.
  • Tunggu hingga daging masak dan cili menjadi garing.
  • Jika daging susah hendak empuk, masukkan air ke dalam tumisan. Biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk.
  • Bila tumisan menjadi garing dan berminyak serta daging telah empuk, masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sedikit).
  • Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan…biarkan menggelegak dan pekat (kepekatan ikut selera, tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak).
  • Bila sudah makin pekat, masukkan bawang besar tadi. Kacau sehingga rata. Kalau anda rajin, boleh masukkan kentang goreng yang telah siap digoreng.
  • Siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending