Atas permintaan suami, maka terciptalah resepi ini. Resepi ikut suka hati je ni, diharap menepati selera semua.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Salai Masak Sos Hitam

Atas permintaan suami, maka terciptalah resepi ini. Resepi ikut suka hati je ni, diharap menepati selera semua.

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 kg Daging salai
  • 1 biji Bawang besar
  • 1 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia*
  • 1 batang Serai (saiz besar, diketuk)/ 3 batang Serai bersaiz kecil
  • 11/2 sudu besar Cili blender/ Cili boh
  • 1 cawan Santan/ Air (Lagi sedap guna santan)
  • 3 sudu besar Kicap Pekat
  • 5 sudu besar Madu
  • 1/4 cawan Air Asam Jawa
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak (untuk menumis rencah)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula kita sediakan rencahnya. Serai diketuk. Bawang besar dipotong baji. Kemudian, hiriskan halia dan bawang putih (maaf, di dalam gambar halia dihiris kasar kerana suami tidak suka halia, maka terpaksa hiris kasar supaya dia tidak tergigit halia). Kalau mahu blend pun boleh.
  • Tumiskan bahan rencah sehingga naik bau.
  • Kemudian kita masukkan cili blender, dan tumiskan sehingga naik minyak.
  • Kemudian kita masukkan santan/ air (ikut kesukaan, di dalam gambar hanya menggunakan air, tetapi ianya lebih lemak jika menggunakan santan), kicap pekat dan madu.
  • Kemudian kita masukkan daging salai. Biarkan kuah meresap ke dalam serat daging
  • Kemudian, kita masukkan air asam jawa bagi memekatkan lagi kuah.
  • Rasakan masinnya dan tambahkan garam ikut citarasa. Setelah berpuas hati dengan kepekatan kuah, bolehlah ditutup api. Dah siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN