Mudah dah sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Lada Hitam Bersama Cendawan & Brokoli

Mudah dah sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 150 gram daging (hiris sederhana nipis)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh lada hitam hancur
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 7 biji cendawan butang (dibelah dua)
  • Brokoli dipotong ‘florets’ (macam dalam gambar) secukupnya
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
CARA PENYEDIAAN
  • Perap daging dengan minyak bijan, lada hitam, kicap cair, sos tiram & tepung jagung. Ketepikan sebentar.
  • Panaskan lebih kurang 600ml air dalam periuk sampai mendidih, masukkan garam & 1 sudu besar minyak masak.
  • Masukkan cendawan & brokoli, biarkan selama 2 minit, kemudian angkat. Toskan, dan atur dalam pinggan hidang.
  • Dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga sedikit perang, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Masak sehingga daging bertukar perang.
  • Tambah sedikit air, renihkan daging sehingga benar2 masak. Rasa dulu, apa yang kurang silalah tambah. Kalau boleh, biar berkuah, supaya brokoli & cendawan pun kena kuah lada hitamnya nanti.
  • Setelah daging masak, keluarkan dari kuali, letakkan di tengah pinggan hidang tadi.
  • Selamat mencuba! ; )

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN