Masakan ala Padang Indonesia, masa buat 15 – 20 minit sahaja, resepi sendiri.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging goreng tumbuk masak padang
Masakan ala Padang Indonesia, masa buat 15 – 20 minit sahaja, resepi sendiri.
BAHAN-BAHAN
- 1 kati daging,
15 tangkai cili kering,
2 ulas bawang putih,
2 labu bawang besar,
Sedikit belacan,
Sedikit air asam jawa,
2 sudu besar gula,
Garam secukup rasa,
Ajinamoto (secukup rasa),
1/2 cawan kicap pekat manis,
Minyak masak (secukupnya).
CARA PENYEDIAAN
- Daging dipotong nipis dan diperap dengan kicap pekat selama 10 minit. Cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih di kisar atau ditumbuk tapi jangan terlalu halus.
Daging yang telah diperap tadi digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing. Kemudian daging itu ditumbuk sekeping- sekeping supaya menjadi lembut.
Minyak bekas goreng daging tadi boleh digunakan untuk menumis. Tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto). Masukkan pula, daging yang telah siap ditumbuk tadi. Masak dengan api yang sederhana. Apabila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.