Masam manis nanas bersama daging…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Goreng Nanas

Masam manis nanas bersama daging…

BAHAN-BAHAN

  • 500g daging dihiris
  • 200g nanas (kalau guna nanas dalam tin anggaran 1/2 tin) dihiris
  • 1 biji cili benggala (atau cili merah) dihiris
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 2 batang cengkih
  • Bahan ditumbuk: 3 ulas bawang putih dan 1 cm halia
  • Minyak masak dan garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  • Masukkan rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  • Akhir sekali, masukkan nanas, cili benggala dan masak lagi selama lebih kurang 3 minit. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN