Senang dan cepat untuk disediakan dan rasanya….emmm..nyam nyam!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Goreng Cendawan

Senang dan cepat untuk disediakan dan rasanya….emmm..nyam nyam!

BAHAN-BAHAN

  • 500gm daging
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 camca besar sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 2 camca besar sos tiram
  • 5 biji cili padi – dibelah dua tapi tak putus
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 2 pokok daun bawang + daun sup
  • 2 camca besar kicap – manis ataupun pekat
  • 10 biji cendawan butang (dibelah 2) – saya guna yang dalam tin punya
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris daging nipis-nipis ataupun ikut citarasa sendiri.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  • Setelah kekuningan, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Masukkan juga sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
  • Masak di atas api sederhana hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
  • Setelah daging lembut, masukkan bawang besar, cili padi dan cendawan butang tadi dan masak hingga kuahnya menjadi pekat. Tambah air lagi jika perlu.
  • Hmm…siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN