resepi rekaan sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging black pepper simple

resepi rekaan sendiri

BAHAN-BAHAN

  • Daging 1/2 kg(potong halus dan memanjang kemudian rebuskan sampai empuk.
  • lada hitam 3 sudu besar
  • bawang putih 5 ulas
  • Halia 2 cm potong bulat dan halus
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Bawang besar 1 biji hiris bulat
  • daun bawang agak sendiri
  • tepung jagung 2 sudu bancuh dgn 1 cwn air
  • 3 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk lada hitam bersama bawang putih sehingga halus
  • Panaskan minyak ,tumis lada hitam yang telah ditumbuk bersama bwg putih tadi hingga garing
  • masukkan halia dan kemudian sos tiram
  • Masukkan air tepung jagung ,kacau rata.kemudian masukkan daging.biar daging agak sebati dengan campuran kuah.kepekatan bergantung kepada kehendak masing2.
  • jika hendak menambahkan kuah atau kepekatanye,cuma tambahkan lebih tepung jagung atau air
  • perlahankan api,masukkan bawang besar dan daun bawang.sesiapa yg nak lg pedas boleh tambah hirisan cili padi disini.kacau rata.Dan sedia untuk dihidangkan.
  • Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih
  • garam tidak diperlukan kerana sos tiram sudah masin.jika rasa tawar boleh tambah sedikit garam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN