Inti: Masak air dan gula hingga gula larut, tapis. Masukkan kelapa dan daun pandan kacau hingga hampir kering, masukkan isi durian, gaul rata dan tabur 2 sudu tepung beras pulut untuk memekatkan inti, gaul rata dan angkat.
Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
Asingkan 100 ml adunan, masukkan pewarna merah, gaul rata dan ketepikan.
Adunan yang selebihnya dimasukkan esen pandan dan pewarna hijau, gaul rata.
Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil satu sudu besar adunan warna merah dan buat 2 jalur lurus berjarak 2-3cm. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan hijau diatas jalur merah tadi (jgn diantaranya kerana jalur merah akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat kiri dan kanan dan gulung.
Jika ingin membuat corak polka dot, titikkan beberapa titik adunan warna kesukaan dan tuang aduan hijau keatasnya. Anak2 mesti suka..
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.