Dadar Durian

Aneka Kuih Dadar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dadar Durian

Aneka Kuih Dadar

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Inti
  • 200 gram gula merah diracik halus
  • 25 gram gula pasir
  • 150 ml air
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 2 helai daun pandan
  • 2-3 ulas isi durian, dilecek halus
  • 2 sudu besar tepung beras pulut/tpg gandum
  • Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml santan cair/ susu segar
  • sedikit pewarna merah/pink
  • esen pandan/esen durian
  • sedikit pewarna hijau
  • majerin untuk meleser
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Masak air dan gula hingga gula larut, tapis. Masukkan kelapa dan daun pandan kacau hingga hampir kering, masukkan isi durian, gaul rata dan tabur 2 sudu tepung beras pulut untuk memekatkan inti, gaul rata dan angkat.
  • Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
  • Asingkan 100 ml adunan, masukkan pewarna merah, gaul rata dan ketepikan.
  • Adunan yang selebihnya dimasukkan esen pandan dan pewarna hijau, gaul rata.
  • Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil satu sudu besar adunan warna merah dan buat 2 jalur lurus berjarak 2-3cm. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan hijau diatas jalur merah tadi (jgn diantaranya kerana jalur merah akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
  • Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat kiri dan kanan dan gulung.
  • Jika ingin membuat corak polka dot, titikkan beberapa titik adunan warna kesukaan dan tuang aduan hijau keatasnya. Anak2 mesti suka..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago