Dadar Coklat

Aneka lempeng/ketayap
Menu untuk kanak-kanak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dadar Coklat

Aneka lempeng/ketayap
Menu untuk kanak-kanak

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Inti Coklat
  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam
  • Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
  • Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
  • Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
  • Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
  • Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
  • Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
  • Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
  • Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.
  • Guna cara yang sama untuk dadar durian

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago