Lopes Hitam Putih

Biasa makan lopes hijau kan.. cuba yang ni pula,,,

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lopes Hitam Putih

Biasa makan lopes hijau kan.. cuba yang ni pula,,,

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (Lopes Hitam)
  • 400 gram beras pulut putih
  • 100 gram beras pulut hitam
  • 450ml air
  • 50ml santan KARA
  • 2 sdm air kapur
  • 2 sdt garam
  • daun pisang untuk membungkus 3″ x 9″
  • tali/getah gelang untuk mengikat
  • Bahan B (Sirap nangka)
  • 200 gram gula merah diracik
  • 50 gram gula pasir
  • 400 ml air
  • 3 helai daun pandan
  • 1 ulas nangka potong dadu
  • Bahan C
    1/2 biji kelapa parut putih
    1/2 sdt garam
CARA PENYEDIAAN
  • Lopes: Rendam beras pulut hitam dan putih selama 4 jam. Toskan. Masukkan air, air kapur dan garam, gaul hingga rata dan kukus selama 30 minit hingga masak. Angkat.
  • Ambil sehelai daun pisang, buat bentuk kon tigasegi, masukkan pulut ke dalam daun pisang hingga penuh, tekan padat. Bungkus dan ikat dengan tali erat-erat. Buat sehingga habis. Guna 2 kon daun pisang untuk membungkus supaya pulut tidak terkeluar.
  • Didihkan air dan rebus dalam periuk selama 2 jam. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk
  • Sajian: Buka lopes dari daun pembungkusnya, gaul dengan kelapa parut dan siram dengan sirap nangka.
  • Sirap Nangka: Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Masukkan nangka, kacau sebentar dan angkat.
  • Untuk lopes pulut hitam, perlu di campur dengan pulut putih kerana kandungan kanjinya kurang berbanding pulut putih.
  • Untuk membuat lopes putih guna kaedah yang sama.
  • Untuk pulut putih kaedah cepat boleh juga dibuat, iaitu pulut yang dah masak ditekan kedalam acuan atau digulung dengan plastik tetapi kaedah begini hasilnya sama dengan pulut kukus biasa, tidak kenyal dan lekit seperti mengguna kaedah merebus

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago